Monday, 20 February 2012

-kENaLi diRi,tingKatKaN presTasI-


Assalamualaikum w.b.t…

Dalam mood hari ini yang sangat2 suka menaip,terasa nak berkongsi2 pengetahuan la plak..hehehehe…untuk entry yang seterusnya hari ini,saya nak kongsi satu tajuk yang best….apa yang korang di luar sana pikir tentang diri sendiri?adakah semua sudah berpuas dengan apa yang ada????....meh2 kita kenali diri kita dengan ‘detailnya’….Tips xx-tra/Rasa Hebat..hehehhehhe..
Tiada sesiapa pun manusia di muka bumi ini diciptakan sempurna sifatnya yang mana ALLAH memang telah takdirkan akal manusia sebagai satu penciptaan yang hebat tetapi tidak sempurna jika iman pada diri lemah..
Macam yang kita semua tahu,semua orang mempunyai kelebihan masing2 termasuk diri kita sendiri,sebagai contoh jika kita merasakan diri  kita tidak mempunyai tubuh badan dan rupa paras yang cantik persis model dalam majalah.Janganlah salahkan kuasa Allah S.W.T kerana setiap yang dijadikanNya adalah bersebab..cuba kita fikir sejenak,bahawa setiap kekurangan yang ada di situ, pasti kita mempunyai kelebihan yang tiada pada model dalam majalah itu.Jangan takut untuk menonjolkan diri anda di khalayak dan tidak ramai juga yang berani berbuat begitu kerana mereka diselubungi perasaan malu..
Kadang2 mesti korang lihat ada je mereka yang tidak berapa cantik menghiasi majalah@ televisyen kan??..jadi,ini menunjukkan lagi bukan kecantikan sahaja yang ingin ditonjolkan tetapi keyakinan diri kita yang penting.

Cara2 nak ciptakan rasa keyakinan ada kat bawah ni ye…(sila2…kih3):-

ü Ubah gaya pemikiran kita
-      Janganlah asyik pandang rendah je kat diri sendiri,sebaliknya puji diri sendiri sebab melalui cara tersebut kita mampu meningkatkan rasa yakin pada diri.bila dah yakin,so nak berdepan dengan orang,x malu la lagi…hihihi..

ü Percaya pada kemampuan sendiri
-      Sekali sekali cipta la suasana riang dengan berkata pada diri sendiri bahawa kita adalah satu dalam sejuta(jangan perasan sudahla,hihihihi)…jika berkesan,kita mungkin berasa diri seorang yang hebat secara automatiknya..
ü Manjakan diri
-      Maksudnya sekali sekala,berhias la secara bersederhana untuk diri sendiri,paling tidak pun untuk rakan2 baik anda.
ü Sayangi diri
-      Setiap hari bila pandang cermin tu,cuba berbual dengan diri sendiri(jangan sampai cakap sorang2 ye,hehehehe)..bukan apa,kadang2 proses sebegini perlu supaya kita akan lebih menyayangi diri dan menerima diri seadanya..

P/S:-akhir kata,dengan cara2 di atas insyaallah sedikit sebanyak dapat bagi info kat saya n semua2 la yang sudi baca bebelan saya di atas,hihihihi..Biar tak cantik rupa paras,tak kaya dengan kecantikan tapi kaya dengan budi bahasa…itu yang penting…Info ni juga dari artikel2 menarik yang pernah saya baca,diharap yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan..(betol ke x peribahasa nih????konpius nih)….hehehehhe..xpelah,abaikan…oke,setakat ini saje untuk hari ini,jejariku sudah mula menunjukkan tanda2 keletihan@ tanda2 kemalasan????hahhhhhaha,hanya saya saja yang tahu…kih3…sekian,wassalam…..

Nukilan;
-jajafieza.blogspot.com

No comments:

Post a Comment